Followers

Saturday 12 May 2012

senyuman sebagai penambah rasa,,



             senyum seindah suria,yang membawa cahaya..antara lagu yang sering didendangkan suatu ketika dahulu namun semua itu tidak memberi kesan kepada kita.Apa itu senyum?..pasti anda tertanya-tanya kenapa kita perlu senyum kepada orang lain.Tahukah anda bahawa senyum itu mempunyai 5 rahsia disebaliknya?.Antaranya adalah membantu memenjangkan hayat seseorang, mempengaruhi minda separa sedar, mempengaruhi orang lain, senyuman tulen dan palsu serta sebagai rawatan muka. kita juga dapat ketahui kelebihan-kelebihan senyum melalui 3 segi.iaitu dari segi islam,sains dan psikologi. jika kita lihat dari segi islam,senyum itu adalah diumpamakan sebagai satu sedekah,bahkan baginda saw juga mensunnahkan agar kita menghiasi diri dengan akhlak mulia ini. Bahkan dalam hadis lain disebutkan bahawa senyum itu ibadah,”Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah.” (HR Trimidzi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi).


senyumlah!!!,,,=)

                jika kita lihat dari segi psikologi pula, senyum telah dianggap antara ubat dalam mengurangi stress, memberi kesan positif serta optimis.Oleh itu,dengan melemparkan senyuman kepada orang lain akan mengakibatkan kita terhindar dari penyakit stress. selain itu,jika kita lihat dari segi sains pula,orang yang suka senyum menyebabkan umurnya lebih panjang.kajian menganalisa gambar dari 230 pemain bisbol yang dimuatkan diBaseball Register, kelihatan rata-rata lelaki dengan senyuman lebar dan cemerlang hidup 4 – 9 tahun lebih lama daripada mereka yang hanya senyum sebentar, dan 7 tahun lebih lama daripada mereka yang tidak senyum.Orang yang senyum ikhlas, otot-otot wajahnya yang disebut orbicularis oculi tanpa sengaja akan mengejut, membuatkan kulit di sekitar matanya berkerut.Ini bererti, ketika seseorang memalsukan senyumannya,otot-otot orbicularis oculi nya tidak akan bergerak.




No comments:

Post a Comment